1
. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
2
. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
3
. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
4
. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
5
. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6
. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari
kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan)
amal-amal mereka.
7
. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8
. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
0 comments:
Post a Comment